//Forever Imperfect
camp baby --'

Friday, April 27, 2012 @ 10:59 AM | 0 Comment [s]

Dengan ini saya Salha Shazlynn mengumumkan bahawasanya saya telah selamat menjalani perkhemahan agung unit badan beruniform peringkat sekolah dengan jayanya :P k nice . finally , aku tak perlu lagi kena bangun pagi-pagi buta and mandi dalam masa 20 minit je untuk 20 orang . that's meant seorang seminit . seorang SEMINIT . aku shampoo rambut pun dah 20 minit . pergi camp 3 hari , 3 hari aku tak mandi . muahahaha :D sempat gosok gigi je :( nak cuci muka pun tak sempat weh :( aku tak perlu lagi meniarap atas rumput yang panas lepastu kena letak pipi atas rumput , tangan atas punggung and kaki silang :'( panas weh panas . sorang buat salah , semua kena meniarap atas rumput ni . 


day 1 . bertolak dari sekolah and sampai about 1 pm kat Kem Damai , Bukit Kluang , Terengganu . oh budak-budak JPAM kna naik trak . boleh bayangkan tak nak trak sampai terengganu ? bayangkanlah betapa pening dan rasa nak muntahnya kami . bayangkan betapa beratnya gegaran dalam trak tu . kitorang dalam trak tu semua macam "lambat lagi ke nak sampai weh" . and time sampai , kitorang kena pasang khemah apa semua tu . lepas pasang khemah apa semua tu , kitorang diberi rehat . boleh lah nak solat ke apa ke . nak tidur ke . pukul 5 berkumpul balik kat padang and ada game ! yay ! game tu nama dia Merentas Halangan , kitorang kena naik terjun tembok la , lari atas batu bata lah , keliling pokok kelapa lah and banyak lagi . and JPAM menang nombor TIGA!!! okay lah tu kan . malam pula ada malam kebudayaan , kitorang kena buat persembahan . and JPAM buat pasal ayah and anak . kami punya sketsa serious lucu okay that's why lah kami dapat JOHAN!!! wuhuu . kira ada bakat lah jadi pelakon . ahak ahak *gelak gedik*
next day . semua pelajar dibahagi kepada 4 kumpulan . and aku kumpulan no . 3 . kitorang di ajar cara-cara untuk menyelamatkan orang kalau ada kebakaran , aku kena angkat orang bawak keluar dari tempat kebakaran and budak yang aku angkat tu sumpah berat gila okay -..- pengsan . and kitorang belajar cara-cara nak ikat tali and aku pun tak tahu kenapa aku kena belajar ikat tali . tapi susah gila kot nak ikat tali yang besar macam tu . lepastu kitorang kena belajar cara-cara pertolongan cemas . yang ni best kot , dia ajar cara-cara balut orang yang ada kemalangan like patah tangan macam tu lah . and part yang paling aku tak suka . bila kena kawad . orang yang ajar kawad tu , garang nak mampus . siapa yang tak bukak suara time kawad dia bagi minum air yang dia ludah . like ewww , macam lah aku nak kan . day 2 done well !
last day . kitorang ada pertandingan kawad kaki . and JPAM dapat naib johan . wuhuuu ! tak sia-sia lah kan aku menjerit kiri kanan kiri kanan apa semua tu . ngehehe ;) habis kawad apa semua tu kitorang kemaskan barang-barang and siap sedia untuk balik . time dalam trak tu semua tidur sebab penat sangat . and insyaallah ni perkhemahan yang last aku join . lepas ni no more khemah untuk sekolah ni . tahun depan kan saya dah nak jadi budak U . eh ? perasannya . tolong lah . haha . siapa yang tak nak masuk U kan ? amin amin amin ya raabal alamin :)



Older Post | Newer Post
The Disclaimer

Hi peeps. I'm human

underlined, bold

blockqoute


Navigations!

Diary About Stuff Site


Let's Talk!


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : UR NAME

Best View at GOOGLE CHROME!