//Forever Imperfect
berpeleseran

Monday, May 27, 2013 @ 10:07 AM | 0 Comment [s]

ye aku ni memang pemalas tahap 84979824932643784. walaupun duduk rumah goyang kaki je tapi still malas nak on laptop and hapedate belog. tapi disebabkan aku rasa pengalaman ni sweet sangat so, aku rajinkan diri update kat blog. jadi begini ceritanya,itu minggu lepas itu. aku sama teman teman pergi ke pantai sebab nak habiskan sisa sisa terakhir bersama.gittew. dan hari  tu is one of the most happening day in my life! kami pergi funfair. ada buaian pusing pusing tu. satu token 3 ringgit. and kami naik kereta yang kena langgar langgar tu. satu token 4 ringgit. tapi kongsi dua orang,so jadi 2 ringgit sorang. and kami naik kapal tu dia macam roller coaster tapi  versi budak punya. budak pun budak lah. dah aku nak naik jugak. but even roller coaster tu versi budak tapi dia punya pening dan rasa nak muntah tu boleh tahan jugak lah. kami naik tiga benda ni je. sebab yang lain macam budak sangat. naik keretapi berhantu, kuda pusing pusing tu. 

and lepas kitorang pergi funfair,kitorang pergi kedai kedai dia jual barang barang murah "satu barang satu ringgit" tapi barang dia macam senduk,sudu. alaa barang mak mak,so tak excited sangat. lepastu singgah kedai bag. dia jual backpack. satu backpack 15ringgit je. hoi murah sangat. sangat sesuai dia jual masa nak nak sambung study ni. aishah and qurratun beli sorang satu. aku tak beli sebab duit dah habis kat funfair and makanan. wahahaha. hambik kau, makanan dengan mainan lagi penting dari barang barang nak sambung study.

sebelum kitorang pergi funfair and kedai murah apa semua tu,kitorang pergi pantai. amboi ramai pakwe makwe date kat sana. cakap banyak pun tak guna. so, let's picture tell you everything. hoh? O.O























kat mana nak cari kawan macam korang ni? sanggup susah senang bersama. walaupun gaduh tak cakap berbulan bulan tapi boleh lagi share makanan. share makanan masa tengah gaduh. kau hadoo? makan gulai ayam dalam satu balang just untuk 5 orang je. janji nak jogging pagi pagi,kunci jam pukul 5 6 pagi but end up with no sebab semua tak larat nak bangun pagi sebab semua kenyang makan gulai ayam satu balang. makan ABC ramai ramai lepas ambil result SPM. bukannya nak balik rumah terus tunjuk result kat mak ayah masing masing. bagi bagi kan kerja masa rehat kat kantin. sorang beli air, sorang beli nasi, sorang beli keropok,sorang tanda kan meja tempat nak makan. beli junk food kat kantin lepas tu letak dalam poket. lepastu masuk kelas bunyi plastik junk food dalam poket. 

berangan yang kitorang ni wonder girls. and che ton leader/vocalist and orang lain backup singer. karoeke lagu sudirman,sharifah aini,saloma,alicia keys,gwen stefani dekat rumah aku. joget lagu mahiwe, sway by pussycat doll, tarian zapin, tarian joget, tarian pak arab. masuk sawah bendang kat kampun orang which is sangat azab bagi aku sampai TERmenangis. TER okay TER. main badminton sama sama,ajar aku main badminton dari aku tak pandai pegang raket sampai lah aku dah pandai main macam Lee Chong Wei. okay ini tipu. naik boat ramai ramai pergi bandar sampai aku pening masa first time naik. mabuk sungai haha orang lain mabuk laut tapi aku mabuk sungai. pergi pustaka awam just untuk tidur,ambil gambar and baca novel. bukannya nak study pun. 

suka main lari lari dalam kelas like "siapa lambat pergi bla bla bla,dia suka kat B***" biar lah kami saja yang tahu nama dia tu.wahaha boleh bayang tak budak form 4, form 5 main lari lari dalam sekolah. yes we are. and banyak lagi kenangan yang memang tak akan aku lupa. i love you guys so much. muah pipi kiri kanan dagu dahi dan semua lah. bila dah jumpa kawan baru please jangan lupa aku okay? 

okay bye! Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh


Older Post | Newer Post
The Disclaimer

Hi peeps. I'm human

underlined, bold

blockqoute


Navigations!

Diary About Stuff Site


Let's Talk!


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : UR NAME

Best View at GOOGLE CHROME!